Bismillahi rahmanirrohim ..
Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh ..
In
sha Allah pada entri kali ini, ana akan menulis atau menaip atau
menceritakan atau merakamkan atau berkongsi pengalaman ana bersama
sahabat-sahabat ana ketika ber'iftar bersama-sama HABIBAT ...
Baiklah .
Ceritanya begini, pada tanggal 5/6/2014 bersamaan dengan hari Khamis.,
Persatuan Habibat yang dipengerusikan oleh Saudara Hisyam telah
mengadakan satu program iaitu Iftar Jama'ie HABIBAT .. Iftar ini
merupakan iftar sulong HABIBAT tahun 2014 ..
Antara
aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada program Iftar Jama'ie ini adalah
semestinya berbuka puasa secara jama'ie iaitu beramai-ramai. Menu
juadah berbuka pada waktu itu ialah jeng jeng jeng .. Nasi Pattaya ..
yum yum yum .. beserta air anggur yang sejok membasahi tekak . perggh ..
hahaha .. Tapi sebelum melahap habis nasi pattaya tersebut, kami
bersama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimami oleh
saudara Asyraf Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan si imam oleh
kalangan sahabat-sahabat beliau ..
Seusai sahaja solat mghrib
berjemaah , masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba . Nasi Pattaya
memanggil-manggil .. tanpa segan silunya kami pun bersama-sama menikmati
juadah yang disediakan . Alhamdulillah .. Aktiviti seterusnya ialah
mendengar sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Asyraf
Fahmi, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Osman
Abdul Wahab (SHOAW) . Sungguh menggagumkan tazkirah yang disampaikan
oleh saudara Asyraf tersebut. Walaupun dipilih secara rawak dan tanpa
persediaan, beliau mampu menyampaikan tazkirah yang cukup padat.
Alhamdulillah ..
Seterusnya setelah selesai menunaikan solat Isya'
secara berjemaah. Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi taaruf bersama
junior dan senior HABIBAT .. Alhamdulillah . sesi taaruf berjalan dengan
jayanya walaupun ada segelintirnya masih segan malu-malu kucing ..
biasalah tu , bak kata orang , enjin belom panas .. hahaha.
Berakhir sahaja sesi taaruf tersebut, maka
berakhirlah program Iftar Jama'ei Sulong Habibat 2014. Alhamdulillah ..
secara keseluruhannya, program berjalan dengan jayanya dan in sha Allah
aktiviti-aktiviti sebegini akan lebih kerap diadakan pada masa akan
datang . Segala yang baik itu datangnya dari Allah Taala dan yang kurang
itu datangnya dari dalam diri ana sebagai hamba yang masih serba
kekurangan sepanjang perkongsian ana didalam entri kali ini. Semoga
HABIBAT akan terus maju dan diberkati oleh Allah Taala. In sha Allah
....
Penulis : Izzul (IPG)