Pages

Sunday, 10 January 2016

Jualan Mega HABIBAT 2016

بسم الله الرحمان الرحيم 
...ليس كلام قبل سلام...السلام عليكم و رحمة الله و بركته


تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ

“Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.”


PROGRAM JUALAN MEGA HABIBAT


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaanNya, Kerabat Habibat dapat melaksanakan Program Jualan Mega Habibat pada 28 Rabi al-awal 1437 bersamaan 2 Januari 2016.

Pelbagai persediaan yang telah dilakukan oleh Kerabat Habibat mengikut lajnah masing-masing. Setiap lajnah menyediakan pelbagai jenis jualan pada hari tersebut.



Mashed potato

Buah-buahan

Jeruk Mangga pun ada sekali...memang perghh...!


Program Jualan ini berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Alhamdulillah sambutan Jualan Mega Habibat ini mendapat sambutan dari warga APIUM.

Kerjasama antara Ikhwah...

Pelanggan berpuas hati...


walaupun ada yang malu-malu nak datang...

sampai ada yang berkirim pembelian...


disaat menunggu pelanggan...berborak-borak bersama rakan-rakan...



Allah S.W.T telah berfirman dalam surat cintanya...

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

Maksudnya :Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat ; mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu.(An Nur : 37)



Sedikit wajah-wajah Kerabat Habibat dan aktiviti-aktivit yang dijalankan sepanjang program.
Saudara Ihwan (Lajnah Tarbiah)

Saudara Syafiq (Lajnah Kebajikan)

Gurau senda menghibur suasana... 
Akhowat dari Lajnah Ekonomi (Yati dan Madeeha)

Sweet nyummy corn...layanan dari lajnah ekonomi diiringi senyuman...

Pakar mengajar...hehe...

Alhamdulillah syukur...Program Jualan Mega Habibat berjalan dengan lancar.
Sehingga berjumpa lagi...In sha Allah...
Sekian.
Assalamualaikum...

Updated : Mohammad Iqbal (Lajnah Publisiti dan Multimedia)
Gambar : Ramai sangat tangan masa tu.


Saturday, 2 January 2016

Lailah Mahabbah Tautan Kasih HABIBAT 2016



عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : ((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ)) رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”. [HR al-Bukhâri dan Muslim].





LAILAH MAHABBAH TAUTAN KASIH 2016


بسم الله الرحمن الرحيم
السلامعليكم ؤرحمةالله وبركاته

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang kepada kerabat HABIBAT untuk menjalankan satu lagi program yang diberi nama Lailah Mahabbah Tautan Kasih yang telah berlangsung pada 21 Rabiul Awal 1437H bersamaan dengan 2 Januari 2016.

Program yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar PKBA iaitu para junior HABIBAT khas untuk para senior HABIBAT ini adalah berpaksikan kepada satu objektif iaitu bagi mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli HABIBAT. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. 



Program bermula..




Antara aktiviti sukan yang dilakukan oleh para ikhwah..





Sebelum kedatangan para senior HABIBAT


Wajah ceria para tetamu..



Sedikit jamuan khas daripada para junior..




Majlis bertukar-tukar hadiah (senior)


Keluarga HABIBAT

PKBA 15/16



Alhamdulillah.. Program ini telah berlangsung dengan jayanya berkat daripada kesungguhan dan kerjasama yang padu daripada semua pihak. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. In shaa Allah :)

SEKIAN
Semoga Allah Sayang <3
Assalamualaikum wbt


Updated : Hidayah Hamiji 
Gambar : Iqbal, Muazzam.