SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG HABIBAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang ke Blog Rasmi Himpunan Anak Belia Islam Borneo Dan
Thailand ( HABIBAT ).
MOTO :
“Di Bawah Bayu kami
bersatu, Bumi Kenyalang kami gemilang, Gajah Putih usaha gigih”
VISI :
“Habibat gemilang sepanjang zaman”
MISI :
“Melahirkan produk
Mahasiswa/Mahasiswi Islam Sabah, Sarawak dan Thailand ( S.S.T ) yang
berketerampilan dan profesional dalam setiap aspek dan mampu menjadi suri
teladan yang baik ”
Latar Belakang Program Khas Bahasa
Arab
Kursus ini
merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Islam Negeri Sabah (SPIM) dengan
kerjasama Yayasan Sabah dan Sarawak untuk memperbanyakkan Ustaz dan Ustazah
yang berkhidmat di negeri Sabah,Sarawak dan Thailand Setiap tahun dari Sabah akan ada 15 orang pelajar akan diambil, dari Sarawak dalam 15 orang setahun Tempoh
pengajian di APIUM, Nilam Puri adalah 3 tahun ( 1 tahun-kursus Bahasa Arab dan
2 tahun Asasi Pengajian Islam). Setelah habis 3 tahun, akan terus menyambung 4
tahun di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Islam.
Program ini
terhenti selama 4 tahun dan pengambilan
terakhir untuk program ini ialah pada 2007. Dalam masa 4 tahun itu pihak
Bahagian Pendidikan Islam Negeri Sabah dan Sarawak tidak berputus asa untuk
melakukan apa saja supaya program ini dapat diteruskan.
Program ini dapat
diteruskan untuk sesi 2012/2013 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Nilam Puri. Sekarang Program Kursus Bahasa Arab ini bukan sahaja untuk pelajar
Sabah dan Sarawak malahan pihak Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah
membuat satu lagi kejayaan dengan mengambil pelajar luar negara iaitu pelajar
dari Thailand.Pelajar daripada Thailand diambil seramai 5-7 orang setahun.
Tempoh pengajian
di APIUM,Nilam Puri adalah 2 tahun tidak seperti dulu iaitu 3 tahun. Kursus
Intensif Bahasa Arab mengandungi 2 semester lebih kurang setahun selepas itu
sambung format Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya yang baru iaitu 3
semester ( 2 semester panjang dan 1 semester singkat) tidak seperti sebelum ini
4 semester. Setelah menamatkan 2 tahun , akan terus menyambung 4 atau 3 tahun
lagi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Sarjana Muda Pengajian
Islam yang terbahagi kepada tiga Sarjana Muda Pendidikan Islam ,Sarjana Muda
Syariah dan Sarjana Muda Usuluddin.
Subjek-subjek Yang Dipelajari Semasa Kursus Ini
Antara subjek yang akan diambil semasa Kursus Intensif Bahasa Arab
:
#Sesi 2012/13 :
1.Al-Aswat Wal Al-Tajwid
2.Al-Istima Wal Kalam
3.Al-Imla' Wa Al-Insya'
4.Al-Khitabah
5.Al-Tharwah Al-Lughawwiyah
6.Tasrif
7.Nahu
8.Sorf
9.Bahasa Inggeris
10.Al-Tarjamah
11.Al-Mutala'ah
12.Etika Pengajian (sem 1)
13.Pendidikan Akhlak (sem 2)
#Sesi 2013/14 :
1.Al-Aswat Wal Al-Tajwid
2.Al-Istima Wal Kalam
3.Al-Imla' Wa Al-Insya'
4.Al-Khitabah
5.Al-Tharwah Al-Lughawwiyah
6.Nahu
7.Sorf
8.Al-Mutala'ah
9. Etika Pengajian (sem 1)
10.Pendidikan Akhlak (sem 2)
11.Bahasa Inggeris
dan ada satu lagi subjek 'MPS' iaitu program mentor aka usrah
bersama pensyarah 2 jam seminggu
Jadual Kuliah Sesi 2013/14
Apa Itu HABIBAT?
HABIBAT merupakan
singkatan kepada sebuah nama persatuan mahasiswa di Universiti Malaya iaitu
Himpunan Anak Belia Islam Borneo Dan Thailand. Persatuan ini bermula pada
26/10/2012 bagi menghimpunkan para mahasiswa Program Khas Bahasa Arab APIUM
Nilam Puri Kelantan bagi menyatupadukan semangat ukhwah supaya lebih mantap dan
bersistematik. Di APIUM Nilam Puri Kelantan, para mahasiswa Program Khas Bahasa
Arab ini amat mesra dengan panggilan 'Pelajar SST' yang membawa maksud Pelajar
Sabah, Sarawak dan Thailand. Berikut adalah serba sedikit maklumat berkenaan
dengan persatuan HABIBAT:
@ berikut adalah moto, visi dan misi HABIBAT ini:
MOTO : “Di bawah bayu kami bersatu, bumi
kenyalang kami gemilang, gajah putih usaha gigih ”
VISI : “Habibat gemilang sepanjang zaman”
MISI : Melahirkan produk
Mahasiswa/Mahasiswi Islam S.S.T yang berketerampilan dan professional dalam
setiap aspek dan mampu menjadi suri teladan yang baik.
@ berikut pula beberapa matlamat penubuhan HABIBAT:
~Menggabungkan Mahasiswa/Mahasiswi S.S.T di bawah satu rumpun
semasa intensif dan asasi.
~Melahirkan Mahasiswa/Mahasiswi S.S.T yang berkemahiran dari sudut
kepimpinan, akademik dan kokurikulum
~Mengukuhkan ukhwah di antara Mahasiswa/Mahasiswi S.S.T.
~Mendiskusikan isu-isu semasa dan hal-hal agama bagi menjana minda
dan pemikiran yang konduktif dan inovatif
Semoga Program
Khas Bahasa Arab ini mampu diteruskan pada masa
menghasilkan mendatang serta insan yang berketerampilan dan profesional
dalam setiap aspek dan menjadi suri teladan yang baik. Amiin...
Sekian.