Monday, 25 May 2015
Perkongsian Bersama Ustaz Alwee - Adab dalam Menuntut Ilmu
Bismillahirrahmanirrahim...
Pada tarikh 13/11/2014 bersamaan hari Khamis, Lajnah Tarbiyah telah mengadakan satu majlis ilmu buat kerabat HABIBAT dengan menjemput al-fadhil Ustaz Alwee sebagai penceramah dengan tajuk ceramah 'Adab dalam Menuntut Ilmu'.
Dengan merujuk kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, antara perkongsian yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz adalah, seorang penuntut ilmu itu mestilah:
1. Menjauhi perkara yang merosakkan akhlak, seperti;
- Tidak mencelah ketika guru sedang mengajar.
2. Tidak terikat dengan hal-hal keduniaan yang melalaikan;
- Tidak mencampur-adukkan urusan menuntut ilmu dengan bisnes kerana terdapat segelintir pelajar yang sangat suka berniaga bagi menambah duit poket dan akhirnya banyak kerja-kerja seperti assignment yang terbengkalai.
-Tumpukan sepenuh perhatian pada kerja-kerja menuntut ilmu; tidak terlibat dengan cintan-cintun.
3. Tidak boleh angkuh terhadap guru;
- Tidak memuji guru lain di hadapan guru kita bagi menghormati beliau.
- Tidak merendah-rendahkan dan tidak sombong dengan guru-guru yang pernah mendidik kita walaupun dia seorang guru tadika dan guru sekolah rendah.
4. Elakkan daripada mendengar perselisihan pendapat (khilaf) pada peringkat awal.
5. Tidak memaksa diri untuk memahami segala disiplin ilmu (semua bidang) sekaligus.
6. Tahu hakikat/objektif bidang ilmu yang dipelajari;
- Tidak bertentangan dengan syara'
"لو لا إسناد لقال من شاء ما شاء"
Maksudnya: Jika tidak ada sanad, nescaya akan berkatalah orang berkehendak apa yang dia kehendaki"
7. Ikhlas menuntut ilmu lillahi ta'ala (kerana Allah).
Selain itu, al-fadhil ustaz juga dalam perkongsian beliau sangat menekankan hadis ini:
قال النبي صلى الله عليه وسلم: كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبّا ولا تكن خامسا فتهلك. رواه البيهقي في شعب الإيمان و تعلم متعلم
maksudnya: 'Jadilah kamu seorang yang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu, atau orang yang mendengar ilmu, atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, kamu akan binasa'
Akhir kalam, bak kata saudara Aidil, wakil Lajnah Tarbiyah, semoga apa yang disampaikan al-fadhil Ustaz Alwee dapat dijadikan iktibar dan kita amalkan.
wallahu'alam...
Labels:
Aktiviti HABIBAT,
Perkongsian