Pages

Friday, 26 June 2015

Iftar Jama'ie @ Rumah Ustaz Alwee 2015.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Ramadhan! :)

Pada 26 Jun 2015, para Junior HABIBAT telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah Ustaz Alwee iaitu penyelaras bagi Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Universiti Malaya dan diiringi ahli Majlis Tertinggi (MT) HABIBAT.

Menariknya, program kali ini bukan sahaja disertai oleh pelajar-pelajar dari PKBA dan beberapa orang senior HABIBAT tetapi juga disertai oleh 4 orang pelajar Sabah & Sarawak yang menuntut dalam Asasi Pengajian Islam (API) dan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS).

Perjalanan kami bermula pada jam 5,30 minit petang dan tiba di rumah Ustaz Alwee pada jam 6.15 minit petang. Setibanya di sana kami melihat seluruh penduduk kampung sedang giat menjalankan gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa.

Kami membantu dalam melancarkan lagi gotong-royong seperti menghamparkan tikar serta menghidangkan dan mengagihkan makanan dan minumam mengikut tempatnya.

Para junior dan senior HABIBAT sedang mengagihkan makanan

Senior HABIBAT, Hafiz Roselan sedang menghidangkan juadah berbuka puasa

Kerabat HABIBAT membantu penduduk kampung dalam melancarkan gotong royong Iftar Jama'ie

Antara penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong



Setelah semua juadah berbuka puasa selesai dihidangkan, kerabat HABIBAT bersama dengan penduduk-penduduk kampung mengambil tempat masing-masing untuk berbuka puasa. Antara juadah berbuka puasa yang telah dihidangkan ialah ayam percik, sayur nangka dan kerabu. Sememangnya juadah yang telah dihidangkan enak-enak belaka. :)

HABIBAT muslimah

Antara penduduk kampung yang hadir memeriahkan lagi iftar jama'ie



Selain daripada kerabat HABIBAT, antara tetamu yang hadir ialah pelajar-pelajar UM yang tinggal berdekatan dengan rumah Ustaz Alwee.

Selesai berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib dan seterusnya solat isya' dan tarawih. Setelah selesai solat tarawih, para muslimin HABIBAT bergambar bersama-sama dengan Ustaz Alwee.

Bersama dengan Ustaz Alwee, penyelaras Program Khas Bahasa Arab (PKBA)


Kerabat HABIBAT bersama dengan pelajar-pelajar UM yang turut memeriahkan iftar jama'ie di rumah Ustaz Alwee

Sementara menunggu ketibaan bas, kami dijemput oleh Ustaz Alwee ke rumah beliau untuk menikmati sedikit jamuan.



Kami bertolak pulang dari rumah Ustaz Alwee pada jam 10.45 minit malam dan selamat tiba di Universiti Malaya, Nilam Puri pada jam 11.15 minit malam.

Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara pensyarah serta antara kerabat HABIBAT sendiri. Insha Allah.

Sekian.


Ditulis oleh : Muazzam

Saturday, 20 June 2015

Iftar Jamaie' HABIBAT yang Ulung 2015

Assalamualikum w.b.t ! Salam Ramadan ! Pada 2 Ramadhan 1436H bersamaan 19 Jun 2015, kerabat Habibat telah mengadakan iftar jamaie' bertempat di Istana Lama. Alhamdulillah, semua kerabat dapat menghadirkan diri. Sementara menantikan azan berkumandang, Amirul bin Shahril sebagai pengerusi majlis telah menyampaikan tazkirah ringkas sebagai menyeru untuk mengambil peluang mengutip pahala yang tersedia dalam bulan yang mulia ini. Setelah selesai berbuka puasa dan mendirikan solat maghrib, ahli Habibat menjamu selera dengan Nasi Hujan Panas. Juadah dijamu di dalam talam bersama lima orang pada setiap talam. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat tarawih lapan rakaat. Solat tarawih telah dimamkan oleh Nasri Binratkeaw dan bilal, Amirul bin Shahril. Setiap empat rakaat diselangi dengan tazkirah pendek yang berguna oleh Mohd Fikrul Hafiz bin Khairun Nizam mengenai "Sabar itu Separuh daripada Iman".Selesai solat tarawih, program diteruskan dengan aktiviti wajib bagi ahli Habibat iaitu sesi bergambar. Setelah selesai pengemasan, ahli Habibat bersurai. Semoga dengan majlis iftar jamaie' ini dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan dan kasih sayang antara kita semua. Amin.











Thursday, 18 June 2015

...Sesi Pengenalan Habibat 2015/2016...

Pada 29/5/2015 merupakan tarikh bagi pengenalan HABIBAT bagi sesi 2015/2016 dimana semua kerabat Habibat berkumpul d dewan kuliah 1 pada jam 9 malam.Ketika menunggu majlis bermula,semua junior Habibat diminta melengkapkan borang pengenalan diri bagi memudahkan kerja pengambilan ahli lajnah melalui kriteria-kriteria mereka . Majlis di mulakan dengan pengenalan Habibat oleh setiausaha Habibat,Mohd Aidil Qasmirul dan timbalannya,Nurfarahlisa Abd. Sura. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada presiden Habibat,Zaki Khan Bin Mat. Dan tidak lupa juga kepada mantan presiden, Muhd Nurhisyam bin Talang  yang datang menjenguk sebentar dan menyampaikan sedikit amanat dan nasihat kepada generasi seterusnya . Seterusnya,semua senior pun diminta memperkenalkan diri masing-masing dengan memakai mikrofon agar suara jelas kedengaran dan diikuti dengan taaruf para junior Habibat.Majlis diteruskan dengan sedikit jamuan ringan dan sesi bergambar.Semua ajk lajnah memberikan kerjasama dengan sewajarnya dan Alhamdulillah,tiada sebarang kesulitan yang dihadapi sepanjang majlis berjalan.Diharapkan ukhwah antara semua warga habibat dapat berkekalan tanpa sebarang perbalahan dan seterusnya ukhwah ini akan dapat dikekalkan sehingga generasi Habibat yang akan datang.G





Bedah Buku: Diagnosis

Tajuk: DIAgnosis
Harga pasaran :RM 20 senaskhah .

Sinopsis buku:
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya 
2) Bergaya
3) 'Glamour' 
4) Rasa ‘Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. Insha Allah.

“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara.”

Review:
Diagnosis merupakan sebuah novel yang sarat dengan inspirasi dan pengajaran yang ditulis dalam setting perubatan. Jangan cemas ya rakyat marhaen. This novel is not meant for doctors/medical students only, but also for semua lapisan masyarakat

*Bersama kita memupuk minat membaca dalam diri kita. Membaca jambatan ilmu! :) *

#lajnahmultimediaHABIBAT15/16