Pages

Friday, 26 June 2015

Iftar Jama'ie @ Rumah Ustaz Alwee 2015.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Ramadhan! :)

Pada 26 Jun 2015, para Junior HABIBAT telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah Ustaz Alwee iaitu penyelaras bagi Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Universiti Malaya dan diiringi ahli Majlis Tertinggi (MT) HABIBAT.

Menariknya, program kali ini bukan sahaja disertai oleh pelajar-pelajar dari PKBA dan beberapa orang senior HABIBAT tetapi juga disertai oleh 4 orang pelajar Sabah & Sarawak yang menuntut dalam Asasi Pengajian Islam (API) dan Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS).

Perjalanan kami bermula pada jam 5,30 minit petang dan tiba di rumah Ustaz Alwee pada jam 6.15 minit petang. Setibanya di sana kami melihat seluruh penduduk kampung sedang giat menjalankan gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa.

Kami membantu dalam melancarkan lagi gotong-royong seperti menghamparkan tikar serta menghidangkan dan mengagihkan makanan dan minumam mengikut tempatnya.

Para junior dan senior HABIBAT sedang mengagihkan makanan

Senior HABIBAT, Hafiz Roselan sedang menghidangkan juadah berbuka puasa

Kerabat HABIBAT membantu penduduk kampung dalam melancarkan gotong royong Iftar Jama'ie

Antara penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong



Setelah semua juadah berbuka puasa selesai dihidangkan, kerabat HABIBAT bersama dengan penduduk-penduduk kampung mengambil tempat masing-masing untuk berbuka puasa. Antara juadah berbuka puasa yang telah dihidangkan ialah ayam percik, sayur nangka dan kerabu. Sememangnya juadah yang telah dihidangkan enak-enak belaka. :)

HABIBAT muslimah

Antara penduduk kampung yang hadir memeriahkan lagi iftar jama'ie



Selain daripada kerabat HABIBAT, antara tetamu yang hadir ialah pelajar-pelajar UM yang tinggal berdekatan dengan rumah Ustaz Alwee.

Selesai berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib dan seterusnya solat isya' dan tarawih. Setelah selesai solat tarawih, para muslimin HABIBAT bergambar bersama-sama dengan Ustaz Alwee.

Bersama dengan Ustaz Alwee, penyelaras Program Khas Bahasa Arab (PKBA)


Kerabat HABIBAT bersama dengan pelajar-pelajar UM yang turut memeriahkan iftar jama'ie di rumah Ustaz Alwee

Sementara menunggu ketibaan bas, kami dijemput oleh Ustaz Alwee ke rumah beliau untuk menikmati sedikit jamuan.



Kami bertolak pulang dari rumah Ustaz Alwee pada jam 10.45 minit malam dan selamat tiba di Universiti Malaya, Nilam Puri pada jam 11.15 minit malam.

Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara pensyarah serta antara kerabat HABIBAT sendiri. Insha Allah.

Sekian.


Ditulis oleh : Muazzam