Pages

Saturday, 31 December 2016

Pertabalan Sultan Muhammad V


~السلام عليكم ورحمة الله وبركاته~

Alhamdulillah pada cuti semester kali ini bertepatan pada 14 Disember 2016-Rabu, KERABAT HABIBAT dijemput untuk meraikan Majlis Keberangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Walaubagaimanapun, tidak semua ahli Kerabat Habibat (hanya 37 orang sahaja) dapat menyertai majlis tersebut kerana kebetulan ketika itu ramai yang balik untuk cuti semester satu. Alhamdulillah dengan izin Allah kami semua telah memperolehi banyak pengalaman sepanjang program ini diadakan.

Ahli Kerabat diminta untuk berkumpul di kawasan parking bas seawal 5.15 pagi memandangkan Yang di-Pertuan Agong akan berangkat daripada istana sekitar jam 7.00 pagi.

Apabila semua ahli telah menaiki bas, sedikit taklimat ringkas mengenai perjalanan program pada hari tersebut disampaikan oleh Ustaz Muhd Sufillah.

Muka-muka baru bangun tidur


Indahnya..

Singgah sebentar untuk Solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Kelantan.


Tiba di perkarangan hadapan Istana Kubang Kerian, Kelantan.

Tidak ketinggalan juga wartawan TV3 kebetulan berada berdekatan dengan ahli kerabat  yang sibuk membuat persiapan sempena keberangkatan Yang di-Pertuan Agong.

senyum ^^

Tidak lupa juga Cikgu Ramli turut menjadi pengiring ahli kerabat ketika itu.

 



 
Ikhwah kerabat yang sabar menunggu ^^


Penduduk Kelantan yang turut meraikan ketibaan.

 Akhawat kerabat yang masih bersemangat.



Masih mampu tersenyum walaupun belum bersarapan..^^

Keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V daripada Istana Mahkota Telipot Kubang Kerian, Kelantan untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Sejajar dengan lafaz 'Daulat Tuanku' yang menjadi sebutan orang ramai ditukar kepada lafaz 'Allahuakhbar' seterusnya dilaungi oleh kami bersama penduduk Kelantan khususnya, sambil mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan dan perasaan gembira terhadap hari bersejarah tersebut.




Setelah selesai, kami pun berangkat pulang.


 
Dalam perjalanan pulang,kami singgah sebentar untuk bersarapan.

Alhamdulillah, semuanya selamat sampai di APIUM, Nilam Puri.

Kami ahli kerabat habibat yang menyertai sememangnya dapat menimba pengalaman baru dan mengisi masa lapang berikutan program ini. Tidak lupa juga yang turut memberi sokongan; Ustaz Muhd Sufillah dan Cikgu Ramli serta pihak APIUM, Nilam Puri yang turut sama menjayakan majlis ini. Syukran daripada kami, salam ketemu lagi^^. Daulat Tuanku.

Assalammualaikum W.B.T





Oleh: Awang
Gambar: Ustaz Muhd Sufillah, Ikhwan, Awang

HABIBAT LOW FAT 2016


~ بسم الله الرحمن الرحيم ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"العقل السليم في الجسم السليم"
(Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat)



HABIBAT LOW FAT

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allat s.w.t kerana dengan izin-Nya, KERABAT HABIBAT sekali lagi dapat berkumpul untuk menjayakan satu aktiviti yang diberi nama "Low Fat HABIBAT"...


Aktiviti ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan HABIBAT dan telah berlangsung pada 17 September 2016 (Sabtu). Matlamat utama bagi aktiviti ini adalah untuk membentuk ahli kerabat yang sihat tubuh badan di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli kerabat sama ada junior mahupun senior.

Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti yang menarik telah disediakan dan dilaksanakan seawal pukul 7 pagi. Antaranya ialah permainan pecah belon, futsal, flip water bottle (bagi ikhwah) dan tiup tepung, replika tepung dan lain-lain (bagi akhawat).




ahli kerabat ikhwah sedang membuat sedikit regangan sebelum memulakan permainan










pertandingan pecah belon







Futsal!!!


Berikut adalah hasil-hasil kreativiti akhawat habibat dalam permainan "Replika Tepung" :-


Olaf?


<3

Durian???


Wahhhh


Hamper-hamper yang menjadi rebutan 😆


Tahniah kepada pemenang ikhwah!





Sekian sahaja coretan pada kali ini. Aktiviti yang dilaksanakan telah pun berlangsung dengan jayanya, Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada ahli kerabat atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Habibat Low Fat pada tahun ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan mengekalkan ukhuwah yang sedia terbina. Sekian...
wassalam... 



Updated : Hidayah Rozen
Gambar : Farhana, Kay, Sapik, Awang