Pages

Saturday, 31 December 2016

HABIBAT LOW FAT 2016


~ بسم الله الرحمن الرحيم ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"العقل السليم في الجسم السليم"
(Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat)



HABIBAT LOW FAT

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allat s.w.t kerana dengan izin-Nya, KERABAT HABIBAT sekali lagi dapat berkumpul untuk menjayakan satu aktiviti yang diberi nama "Low Fat HABIBAT"...


Aktiviti ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan HABIBAT dan telah berlangsung pada 17 September 2016 (Sabtu). Matlamat utama bagi aktiviti ini adalah untuk membentuk ahli kerabat yang sihat tubuh badan di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli kerabat sama ada junior mahupun senior.

Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti yang menarik telah disediakan dan dilaksanakan seawal pukul 7 pagi. Antaranya ialah permainan pecah belon, futsal, flip water bottle (bagi ikhwah) dan tiup tepung, replika tepung dan lain-lain (bagi akhawat).




ahli kerabat ikhwah sedang membuat sedikit regangan sebelum memulakan permainan










pertandingan pecah belon







Futsal!!!


Berikut adalah hasil-hasil kreativiti akhawat habibat dalam permainan "Replika Tepung" :-


Olaf?


<3

Durian???


Wahhhh


Hamper-hamper yang menjadi rebutan 😆


Tahniah kepada pemenang ikhwah!





Sekian sahaja coretan pada kali ini. Aktiviti yang dilaksanakan telah pun berlangsung dengan jayanya, Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada ahli kerabat atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Habibat Low Fat pada tahun ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan mengekalkan ukhuwah yang sedia terbina. Sekian...
wassalam... 



Updated : Hidayah Rozen
Gambar : Farhana, Kay, Sapik, Awang