Pages

Monday, 30 January 2017

بسم الله الحرمن الرحيم


"demi insan yang dikasihi.. seberat manapun ujian yang diberi.. pasti kita akan berusaha membuat mereka tertawa".


Alhamdulillah syukur.. generasi Habibat sesi 16'17 kali ini telah mengadakan satu Program Khas kepada para senior mereka iaitu "Program Tautan Kasih Malam Lailah Mahabbah". Program ini berlangsung pada 21  Januari 2017 hari Sabtu dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1 petang. Namun Program ini juga berlangsung pada 27 Januari 2017 hari Jumaat dari jam 9.15 malam sehingga jam 11 malam disebabkan Universiti Malaya Nilam Puri pada ketika itu telah dilanda banjir. Walaubagaimanapun, Syukran kepada adik-adik Habibat kerana sanggup memerah otak dan keringat bagi mengadakan program untuk kami.

Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi semua.. Aamiin!

21 Januari 2017

Bertemankan suasana pagi yang sejuk pada ketika itu, para junior Habibat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa penduduk kampung yang lemas dalam mimpi mereka dan Alhamdulillah mereka berjaya. Sedikit jamuan ringan juga disediakan pada pagi itu dan dihidangkan kepada mangsa-mangsa lemas. Selesai semua ahli tiba, Program terus dimulakan dimana tempat aktiviti ikhwah dijalankan di blok-blok kuliah manakala aktivit bagi kalangan akhowat diadakan di blok AMK.
Banjir di APIUM

Namun Program tetap jalan




Tada!!


Dak2 junior tok


belum lagi.. Program baru saja nak bermula..

Nah.. banjir-bajir memancing di darat juak tek

susah habis game tok

muka eksen padahal penat

abg ikhwan dengan abilitynya

game membasahkan bilik kuliah

padan muka sapa suruh basahkan.. haha

bersatu kita teguh.. bercerai kita roboh!

Afnan di wanted selepas kejadian

makan kacang dengan chopstick??

Berjaya!! paling game.. best game tok..

kami penat..

aku ambil dari bawah.. kau jgn bergerak!!

ehh ehh...

haa.. macam-macam ujian yang diberikan disetiap checkpoint. Bukan main lagi kalau gagal kena hukum. Walaubagaimanapun, semua Kerabat Habibat pada hari itu semuanya berpeluh.. hahaha.. la;au dapat mandi memang diorang mandi.. tapi demi keselamatan.. kami tidak.. ceyy...ya kah?? hahaha..

27 Januari 2017

Pada malam itu, hanya satu pintu sahaja yang terbuka bagi menanti dan mengkhaskan kedatangan para jemputan.. semua ahli kerabat disambut dengan tikar habibat ala-ala "red carpet" gitu.. setiap seorang daripada jemputan telah disediakan tempat masing-masing yang tertera pada kad jemputan.. Alhadmulillah.. protokol.. hadiah.. dan tema pada malam itu sangat mantap dan cantik.. Tahniah sekali lagi kepada adik-adik!.. Syukran Jazilan!..


Bermula dari sini

dak ompuan masok lok tek koh...

dak2 yg bertungkus lumus nie

pilihan mana yg menawan hati para jejaka??ewah-ewah..

from pesantren...saudara Adib!

pasal makan laju nya tok...

mamam-mamam

kampung terjejas 1

kampung terjejas 2


Presiden Habibat 16'17 Saudara Fathullah


penduduk terjejas 3

penduduk terjejas 4

 Penat memang penat.. tapi pada malam itu sangat berbaloi untuk dikorbankan masa bersama.. kerana hanya dalam beberapa minggu sahaja lagi.. mereka junior akan berehat untuk jangka masa yang agak panjang.. sedih sebab semuanya akan menjadi kenangan.. In sha Allah jumpa lagi.. Stay Strong! and keep moving forward! Syukran semua..!HABIBAT WE ARE ONE!

HABIBAT sesi 2016'2017

Oleh : Iqbal
Gambar : Syu, Ain, Muazam, Kay, Awang



Saturday, 28 January 2017

IFTAR JAMAIE & USRAH WIDA' 16/17

بسم الله الرحمن الرحيم 

😀السلام عليكم ورحمة الله و بركاته


IFTAR JAMAIE & USRAH WIDA' 16/17

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Setelah 26 minggu bersama, pada 19 Januari 2017 hari Khamis telah diadakan Majlis Penutupan Usrah HABIBAT 16/17 (IFTAR JAMAIE & USRAH WIDA' 16/17) yang telah dikendalikan oleh Lajnah Tarbiyah dan Kerohanian HABIBAT 16/17 dan secara tidak langsung juga atas kerjasama ahli-ahli kerabat HABIBAT :) Bertempat di Dewan Johor, Universiti Malaya. 

6:00 PETANG

Ahli-ahli kerabat HABIBAT sudah mula bergegas ke Dewan Johor untuk membersihkan dewan & membuat persiapan.

Masha Allah rajinnya 😍😍😍😍😍😍


6:45 PETANG

Sebahagian ahli-ahli kerabat mula menghidangkan makanan ke dalam talam. 

Anak-anak dara yang berkerja keras 😂


Makan dalam talam merupakan sunnah😊
7:20 MALAM 

Azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuk waktu untuk berbuka puasa.

Para akhowat yang kehausan & kelaparan 😮




7:30 MALAM 

Mula untuk Solat Maghrib yang telah diimamkan oleh saudara Abdul Rahim.

Allahu Akbar..


7:45 MALAM

Setelah selesai solat maghrib, ahli kerabat menjamu selera bersama-sama. 

Makan dalam talam~menghidupkan sunnah Rasulullah SAW💛




8:30 MALAM

Perut kenyang,hati pun senang hehe... Majlis diteruskan lagi dengan solat isya' secara berjemaah yang telah diimamkan oleh Presiden HABIBAT 16/17, Mohamad Fathullah.



9:00 MALAM

Majlis diteruskan dengan usrah bersama Ustaz Dr. Mohd Alwee Bin Yusof.







10:15 MALAM

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.




Sekian sahaja coretan pada kali ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kerabat HABIBAT dalam membantu menjayakan program ini, dan tidak lupa kepada Ustaz Dr. Mohd  Alwee Bin Yusof, jazakallahu khairan kathira :) Semoga program kali ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah sesama kita. In shaa Allah aamiin. Moga Allah redha.

Sekian. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.






Oleh : WNA
Gambar : Awang , Qiqi , Muazam