بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas segala limpah kurniaNya, keranaNya
Kerabat Habibat diberi peluang untuk berkumpul sekali lagi untuk menjayakan
"Program Low Fat HABIBAT 2.0"
Pada 13 Januari 2017 (Jumaat) bertempat di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri , Kelantan.
Lajnah Kebajikan HABIBAT merupakan penganjur kepada program ini. Tujuan "Low Fat HABIBAT 2.0" dijalankan adalah untuk memantapkan lagi ukhuwah antara Kerabat Habibat, menjadikan pelajar yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, dan mencerdaskan akal serta mencergaskan tubuh badan. Bak kata pepatah Arab
"العقل السليم في الجسم السليم"
"Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat"
Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan jayanya.
Ahli Kerabat melakukan Aktiviti Senamrobik seawal pukul 7.30 pagi sebelum aktiviti-aktiviti yang seterusnya.
Aktiviti Akhawat
Aktiviti "Catch The Balloons "
Aktiviti " Gaya Berantai "
Aktiviti " Bola Jaring "
Aktiviti Ikhwah
Maka berakhirlah Program Low Fat HABIBAT 2.0. Alhamdulillah hehe :) Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh Kerabat HABIBAT kerana memberi kerjasama dalam melancarkan program ini.Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan program ini dengan jayanya.
Alhamdulillah
Sekian, Assalamualaikum w.b.t dan salam kasih sayang <3
Updated : Azami
Gambar : Qiqi, Syu, Muazam, Awang