Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pada tanggal 15 september 2017 Lajnah Tarbiyah Dan Kerohanian(TaKeOfficial) telah mengadakan program Qiyam Perdana yang bertempat di Surau AMK bermula pada pukul 5.00 pagi sehingga pukul 6.30 pagi.
Berikut adalah perjalanan sepanjang program tersebut........
Qiyam ini dipimpin oleh saudara Zameer Ainurraziq bermula dengan solat taubat,solat hajat,solat tahajud sehingga solat witir.
Akhawat Habibat 17/18
.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.
- Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
- Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
- Dapat muhasabah kekuatan diri
- Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
- Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
subuh subuh pon tetap cergas untuk ambil gambar.
#kitakfunction
Selesai qiyam,program diteruskan dengan solat subuh berjemaah.
Alhamdulillah program Qiyam Perdana ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.Sebelum saya menamatkan penulisan saya,ingin saya berkongsi ayat quran iaitu.....
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Sekian,Assalamualaikum:')
Updated by:Atikah Diwa
Photo by:Ahli LamPu