Alhamdulillah pada 4 Januari 2019-Jumaat, Kerabat Habibat berkesempatan mengadakan majlis yang diberi nama ‘Lailah Mawaddah Tautan Kasih’ dengan meriahnya bertempat di Dewan Johor, APIUM. Dikendalikan oleh ahli-ahli junior sesi 18/19, majlis kali ini bertemakan Royal bagi kod pemakaian dan ‘Pastel’ bagi hiasan dewan, dengan jayanya telah dihadiri oleh ahli-ahli HABIBAT seramai 123 orang. Selain dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim antara ahli-ahli junior dan senior HABIBAT serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan antara ahli junior HABIBAT, majlis ini juga bertujuan memberi peluang untuk ahli-ahli HABIBAT untuk lebih mengenali antara satu sama lain lebih dekat. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya majlis ini dapat dijalankan dengan lancar dari awal program sehingga akhir.
Majlis dimulakan seawal 5.00 subuh bagi melaksanakan solat tahajud dan solat subuh secara berjemaah ....tapi malangnya solat subuh ja yg bjaya dilaksanakan HAHAHAA
Selesai solat dan hemat diri, para ahli Habibat berkumpul di DK1 untuk bersarapan sebelum memulakan aktiviti.
Para peserta diminta untuk mencipta nama kumpulan, logo dan cheers yang paling menarik.
Antara nama kumpulan yang gempak.
dannn bermula game utk para senior 💃💃
Strategi yang padu diatur bagi memastikan kemenangan setiap kumpulan.
Selesai aktiviti permainan, para peserta bergambar dengan kumpulan masing-masing.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Makan malam!
Semua ahli senior masuk ke dalam dewan dengan pakaian yang cantik sekali. Ala-ala royal gitu. Persis putera dan puteri diraja.
Makan malam dihidangkan secara perarakan oleh para junior dan diletakkan oleh para pelayan setiap meja.
Bagi menghangatkan lagi majlis, acara cabutan bertuah juga dilakukan. Wah, untungnya para pemenang.😊
ni kumpulan yang menangg 👏 hebat bukaaannn 😂
Usai makan malam, para ahli Habibat bergambar mengikut lajnah masing-masing.
ok ni la kami family habibat 18/19 💖 moga ikatan yg terjalin akan lebih akrab
ni pula pkba18/19 yg berganding bahu memastikan kelancaran program dan bnyak berkorban utk mnjayakan majlis kali ni💪
Begitulah sedikit sebanyak kenangan yang dicipta bersama dengan indahnya. Moga-moga dengan adanya majlis ini, ikatan ukhuwah yang sudah sedia ada terjalin akan lebih kukuh dan erat. Sampai di sini sahaja daripada kami. Maaf salah silap dan segala kekurangan.