Pages

Tuesday, 26 May 2015

Aktiviti HABIBAT Semester 1, Sesi 2014/2015

USRAH MINGGUAN 

Usrah merupakan aktiviti wajib bagi warga HABIBAT yang diadakan pada setiap minggu. Bagi melancarkan program usrah ini, pihak Lajnah Tarbiyah telah membahagikan pelajar akhowat dan ikhwah kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh naqib, mengetuai kumpulan usrah ikhwah dan naqibah, mengetuai kumpulan usrah akhowat. Pada setiap minggu, pihak Lajnah Tarbiyah akan memberi tajuk yang akan dibincangkan oleh setiap ahli kumpulan usrah bersama naqib dan naqibah masing-masing.


IFTAR SULUNG GENERASI HABIBAT 2014/2015

Iftar ini merupakan aktiviti pertama yang diadakan oleh senior HABIBAT selepas majlis pengenalan HABIBAT bagi mengadakan sesi ta'aruf bersama para junior.


Sesi Ta'aruf

RIADAH

Selepas sesi ta'aruf bersama junior pada 5/6/2014, Lajnah Kebajikan & Perpaduan telah mengadakan riadah senior-junior pada keesokan harinya di kawasan APIUM Nilam Puri.




REHLAH


13 Jun 2014 - Rehlah sesama ikhwah senior-junior anjuran Lajnah Kebajikan & Perpaduan.











IFTAR JUNIOR DI RUMAH USTAZ ALWEE


5 Julai 2014 - Para junior dijemput berbuka puasa di rumah Ustaz Alwee, Penyelaras Program Khas Bahasa Arab diiringi para MT.











IFTAR RAMADHAN WARGA HABIBAT



AKTIVITI LAJNAH AKADEMIK(KUIZ)










RAMAH TAMAH AIDILFITRI

6 Ogos 2014 - Sambutan Aidilfitri warga HABIBAT bersama para pensyarah yang bertemakan 'Sentuhan Aidilfitri Merafa'kan Mahabbah di Hati'.




TREASURE HUNT

24 Oktober 2014 - Aktiviti anjuran Lajnah Akademik, dijalankan di sekitar kawasan APIUM Nilam Puri.

Monday, 25 May 2015

Perkongsian Bersama Ustaz Alwee - Adab dalam Menuntut Ilmu


Bismillahirrahmanirrahim...

Pada tarikh 13/11/2014 bersamaan hari Khamis, Lajnah Tarbiyah telah mengadakan satu majlis ilmu buat kerabat HABIBAT dengan menjemput al-fadhil Ustaz Alwee sebagai penceramah dengan tajuk ceramah 'Adab dalam Menuntut Ilmu'.

Dengan merujuk kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, antara perkongsian yang disampaikan oleh al-fadhil ustaz adalah, seorang penuntut ilmu itu mestilah:

1. Menjauhi perkara yang merosakkan akhlak, seperti;
- Tidak mencelah ketika guru sedang mengajar.

2. Tidak terikat dengan hal-hal keduniaan yang melalaikan;
- Tidak mencampur-adukkan urusan menuntut ilmu dengan bisnes kerana terdapat segelintir pelajar  yang sangat suka berniaga bagi menambah duit poket dan akhirnya banyak kerja-kerja seperti assignment yang terbengkalai.
-Tumpukan sepenuh perhatian pada kerja-kerja menuntut ilmu; tidak terlibat dengan cintan-cintun.

3. Tidak boleh angkuh terhadap guru;
- Tidak memuji guru lain di hadapan guru kita bagi menghormati beliau.
- Tidak merendah-rendahkan dan tidak sombong dengan guru-guru yang pernah mendidik kita walaupun dia seorang guru tadika dan guru sekolah rendah.

4. Elakkan daripada mendengar perselisihan pendapat (khilaf) pada peringkat awal.

5. Tidak memaksa diri untuk memahami segala disiplin ilmu (semua bidang) sekaligus.

6. Tahu hakikat/objektif bidang ilmu yang dipelajari;
- Tidak bertentangan dengan syara'

"لو لا إسناد لقال من شاء ما شاء"
Maksudnya: Jika tidak ada sanad, nescaya akan berkatalah orang berkehendak apa yang dia kehendaki"

7. Ikhlas menuntut ilmu lillahi ta'ala (kerana Allah).

Selain itu, al-fadhil ustaz juga dalam perkongsian beliau sangat menekankan hadis ini:

قال النبي صلى الله عليه وسلم: كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبّا ولا تكن خامسا فتهلك. رواه البيهقي في شعب الإيمان و تعلم متعلم

maksudnya: 'Jadilah kamu seorang yang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu, atau orang yang mendengar ilmu, atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, kamu akan binasa'

Akhir kalam, bak kata saudara Aidil, wakil Lajnah Tarbiyah, semoga apa yang disampaikan al-fadhil Ustaz Alwee dapat dijadikan iktibar dan kita amalkan.

wallahu'alam...

Thursday, 21 May 2015

Organisasi HABIBAT 2014/2015


MAJLIS TERTINGGI HABIBAT


PRESIDEN

Mohd Nur Hisyam Bin Talang

TIMBALAN PRESIDEN I

Mohamad Saiful Bin Ramli

TIMBALAN PRESIDEN II

Norizuani Binti Gabaldin


BENDAHARI & TIMBALAN BENDAHARI

Abd Rahman Abbas Bin Jaafar

Nurul Syafiqah Binti Jafferi

SETIAUSAHA & TIMBALAN SETIAUSAHA


Mohammad Saiful Bin Abdul Samat

Alyah Hannah Binti Kassim


KETUA & PENOLONG LAJNAH

LAJNAH TARBIYAH

Sulmi Binti Badar

LAJNAH AKADEMIK & INTELEKTUAL

Surin Bin Pawang

Siti Nur Imanina Binti Raduan

LAJNAH  EKONOMI

Abdul Halim Bin Jamain

Nurain Humairah Binti Aluwi
 
LAJNAH KEBAJIKAN & PERPADUAN


Mohd Hazwan Bin Jefferi

Rabiatul Adawiyah Binti Kaleh

LAJNAH PENGANGKUTAN

 
Muhd Nubhan Bin Bambang Muhamad Rafadi Yusoff

 
Fatin Nadhirah Binti Bacho

LAJNAH MULTIMEDIA
 
 
Dayana Chua Binti Mohd Saifuddin Chua

 
Mohammad Ikhtiar Bin Lingka