Pages

Sunday, 5 July 2015

HABIBAT BERASAPPP!!


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Pada malam 18 Ramadhan 1435 H, HABIBAT telah mengadakan aktiviti moreh yang bertemakan HABIBAT BERASAP. Program ini merupakan program pertama yang dikendalikan oleh para junior HABIBAT. Berikut merupakan aturcara program moreh malam tersebut. 


Seawal jam 5:30 petang lagi para ikhwah junior HABIBAT bersama beberapa orang senior telah memulakan tugas menyediakan bahan-bahan untuk BBQ. Antara menu yang akan disediakan semasa moreh ialah ayam panggang, sosej dan cocktail. 








Hasilnyaaaaa.........


Nyum.

- KETIBAAN TETAMU -

Pada pukul 9:45 malam, seperti yang telah ditetapkan, para HABIBAT yang terlibat telah berjaya menghadirkan diri ke dataran hadapan Asrama Algha iaitu lokasi pilihan program moreh pada malam itu. 

- AKTIVITI LDK -

Muazzam selaku pengerusi majlis memulakan program dengan aktiviti LDK yang bertemakan "KENALI KERABAT HABIBAT". Aktiviti yang terpilih untuk mengisi ruang LDK ini ialah permainan "TRUTH OR DARE". Permainan ini melibatkan kesemua para HABIBAT kecuali AJK permainan. 

Akhawat dan ikhwah telah diminta untuk membuat halaqah masing-masing sebelum permainan ini diteruskan. 

Antara "truth and dare" yang dicabut undi oleh para HABIBAT bertuah ialah memberi tazkirah mengenai ikhtilat kurang dari 5 minit, 5 fakta mengenai diri sendiri, cabaran senyum selama 2 minit dan sebagainya. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli HABIBAT di samping dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. 






- MOREH -

Sekitar pukul 10:45 malam, pengerusi majlis pun akhirnya menamatkan sesi LDK dan seterusnya sesi moreh pun dimulakan. 











- BERSURAI -

Program ini tamat pada pukul 11:30 malam. Para junior HABIBAT yang terlibat dengan pembersihan telah bertugas dalam kerja mengemas dan membersihkan kawasan persekitaran. 





Dengan itu, maka berakhirlah program pertama HABIBAT yang dikendalikan oleh para junior. Semoga segala kekurangan sepanjang majlis dapat dimaafi. 






Ditulis Oleh: Nina
Gambar: Muazzam, Husna dan Mahadhir.