Pages

Saturday, 22 August 2015

Program Ziarah Taman Akhirat HABIBAT

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركته


Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.


PROGRAM ZIARAH TAMAN AKHIRAT


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, Kerabat HABIBAT dapat melaksanakan Program Ziarah Taman Akhirat pada 7 zulkaedah 1436 bersamaan 22 ogos 2015.

Kerabat HABIBAT telah berkumpul di Tanah Perkuburan Nilam Baru pada jam 10.00 pagi, didahului oleh rombongan muslimah dan diikuti dengan rombongan muslim.



Para Muslimin tiba di tanah perkuburan
Sebelum membaca surah Yassin 
Selesai membaca surah Yassin
Saudara Muslim dengan Handphone HUAWEInya


Selesai membaca surah yassin dan mendengar sedikit tazkirah daripada saudara Zaim (dalam gambar), Kerabat HABIBAT memulakan aktiviti gotong-royong bersama.


Saudara Zaim



Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.

Para Akhowat turut serta dalam aktiviti gotong-royong
Seseungguhnya Allah Maha Mengetahui

Bersama...
Pelapis Generasi Baru

...كل نفس ذائقة الموت
Setiap yang bernyawa (hidup) pasti akan mati.Allah tidak akan lambat sesaat dan tidak akan cepat sesaat,

Alhamdulillah Program Ziarah Taman Akhirat berjalan dengan lancar.Semoga dengan adanya Program ini dapat sedikit sebanyak meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.amin.



Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia akan mematikan kamu, setelah itu Dia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu).




Sekian.Wallahu A'lam


Updated by : Iqbal
Photos by : Ayu Amirah, Iqbal