Pages

Monday, 17 August 2015

Rehlah HABIBAT 2015

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam ukhuwwah dan salam HABIBAT semuanya! :D

Alhamdulillah.
Pada 16 Ogos 2015, HABIBAT telah mengadakan rehlah HABIBAT yang bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.

Kerabat HABIBAT telah bertolak pada jam 7.00 pagi dengan membawa rombongan muslimah dahulu dan diikuti rombongan muslimin pada jam 8.00 pagi.

Bas UM yang membawa kerabat HABIBAT ke Pantai Geting
Antara kerabat HABIBAT yang menyertai Rehlah HABIBAT
 Kedua-dua rombongan telah selamat sampai dengan rombongan muslimin tiba di Pantai Geting pada jam 9.30 pagi. Setelah itu, kerabat HABIBAT berkumpul di pantai tersebut untuk mendengar tazkirah daripada Ketua Lajnah Akademik, saudara Zaim dan diikuti ucapan dan Presiden HABIBAT, saudara Zaki Khan.

Antara intipati tazkirah dan ucapan ialah memanfaatkan masa ini untuk melepaskan tekanan atau stress yang dihadapi dan ditambah lagi dengan musim tugasan dan menghampiri musim peperiksaan serta mengambil ibrah daripada usrah yang disampaikan Lajnah Akademik iaitu "1/0 = Infiniti Cinta" yang mengupas berkaitan dengan "Belajar Melihat Alam".

Setelah itu, para muslimin dan muslimat HABIBAT menjamu sarapan yang disediakan mengikut lajnah masing-masing dan seterusnya memulakan aktiviti riadah iaitu sukaneka dan bola sepak pantai.

Bola sepak pantai antara muslimin

Saudara Syafiq dan kemahirannya



Berehat di bawah pohon yang rendang




Sambil berehat, sambil kita bergambar =)
Selain riadah, ada juga yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di tepi pantai dan meninjau resort yang terletak bersebelahan pantai sambil menikmati udara yang segar dan nyaman.

Bergambar di Resort D'Geting yang terletak bersebelahan Pantai Geting
 Pada jam 1.00 tengahari, kerabat HABIBAT berkumpul semula untuk mendengar sedikit pengisian daripada Ustazah Shukriah sebelum menunaikan solat Zohor. Antara intipati daripada pengisian tersebut adalah berehat dan melapangkan minda di samping menjaga keselamatan semasa berada di pantai. Sebelum Ustazah Shukriah berangkat pulang, para kerabat HABIBAT berkesempatan untuk bergambar bersama beliau sebelum bergerak menunaikan solat Zohor. Setelah itu, kerabat HABIBAT dijemput menjamu juadah tengahari yang disediakan Lajnah Pengangkutan.

1, 2, 3, Kinabalu!


Bergambar bersama Ustazah Shukriah

Para siswa dan siswi Thailand turut tidak ketinggalan mengabadikan foto kenang-kenangan
Para muslimin khusyuk mendengar pengisian dari Ustazah Shukriah

 Setelah selesai Zohor, para muslimah HABIBAT mengadakan sukaneka manakala para muslimin sedang menyiapkan juadah petang iaitu ayam dan sosej panggang. Sementara menunggu, kerabat HABIBAT menyambung aktiviti rehlah iaitu sukaneka dan riadah di tepi pantai.

Antara muslimah HABIBAT yang beriadah di tepi pantai
Ketua Lajnah Akademik, suadara Zaim sedang menghirup udara nyaman

Sambil berehat, kita bergambar yer...ok, 1, 2, 3!
Selfie di Pantai Geting
Setelah selesai aktiviti rehlah, kami semua menjamu hidangan petang yang telah disediakan. Setelah selesai, kerabat HABIBAT mengadakan sesi fotografi dan setelah itu bergotong-royong membersihkan kawasan pantai.



Setelah selesai aktiviti pembersihan kawasan rehlah, para muslimah berangkat pulang pada jam 5.30 petang manakala para muslimin berangkat pulang pada jam 7.00 malam. Alhamdulillah kesemua kerabat HABIBAT selamat tiba di APIUM Nilam Puri dengan rombongan muslimin tiba pada jam 8.00 malam.

Semoga rehlah seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang untuk melapangkan minda di samping merapatkan ukhuwwah antara kerabat HABIBAT, inshaAllah.

Sekian.

وبالله التوفيق والهداية 
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima kasih Allah atas pemandangan yang indah lagi menenagkan.

Ditulis oleh : Muazzam
Gambar oleh : Iqbal