Pages

Saturday, 17 January 2015

Perlawanan Persahabatan, APIDS vs HABIBAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 16 Januari 2015, buat julung-julung kalinya, Habibat dan Apids di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri Kelantan telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak. Hal ini merupakan inisiatif daripada pihak Apids yang sangat disokong oleh kami bagi mengeratkan lagi ukhwah fillah antara kami walaupun berlainan negeri malahan negara (Thailand). 



Perlawanan kami ini jika diceritakan secara ringkas boleh dikatakan sangat sengit dan mencabar disebabkan kedua-dua pasukan daripada dua persatuan yang ulung telah berhempas pulas bagi membuktikan siapakah dia juara. setelah hampir tamat perlawanan keputusan yang diperolehi adalah seri 5-5.

Gema Cinta Rasul 1435H/2014M

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersempena dengan hari kelahiran junjungan kita Muhammad S.A.W., tidak sah kiranya jika tidak diadakan sesuatu yang boleh menghidupkan hari penuh bersejarah ini, hari di mana lahirnya seorang manusia yang telah merubah dunia, hari di mana lahirnya manusia yang menjadi kerinduan seluruh penduduk langit dan bumi.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak Kami utus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.” {Surah al-Anbiya’ : ayat 107}

Justeru kerabat HABIBAT,  junior dan senior dengan kerjasama JKP Kenegaraan, Etika dan Kerohanian Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri telah mengadakan satu program sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan نشتاق إليك يا حبيب الله yang dinamakan sebagai ‘Gema Cinta Rasul’ bertempat di APIUMNP sendiri pada 12-13 Januari 2014.

Lawatan Senior UMKL ke APIUM Nilam Puri

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada ketika kerinduan yang teramat sangat menyelubungi hati-hati ini, mereka datang berkorban masa, tenaga dan wang semata-mata untuk berkongsi sesuatu yang sangat berharga kepada kami dan pastinya untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kami.


Perjalanan mereka dari Kuala Lumpur dan akhirnya sampai ke Kelantan pada pagi 13 September 2014, ketibaan mereka dijemput oleh Lajnah Pengangkutan dan dibawa terus ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam puri. Kehadiran mereka disambut pula oleh warga HABIBAT yang lain di kolej kediaman masing-masing.

Program Jalinan Mahabbah Habibat

Pada 2/12/2014, kerabat Habibat daripada kalangan junior telah mengadakan satu jamuan dan pengisian bersama seluruh keluarga Habibat. Semua Kerabat Habibat telah dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut dan memeriahkn pengisian yg dijalankan. Jamuan Jalinan Mahabbah Habibat ini berlangsung sejak jam 9 malam hingga 12 tengah malam. 

Alhamdulillah, acara berjalan dengan lancar dan semua KD telah memberi kerjasama dengan melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Bagi KD Makanan iaitu ahli-ahli Lajnah Kebajikan dan Perpaduan, semua ahli memberi komitmen dalam tugas masing-masing, tidak dilupakan KD Tugas-tugas Khas yang juga memberi sumbangan yang besar dalam menjayakan program ini manakala bagi KD Multimedia, tayangan video yang ditayangkan begitu menarik hati dan mendapat pujian semua.

Bedah Buku: Perisai Muslim


 
(Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah)

*M/S : 226

*Penulis : Sheikh Dr. Said Bin Ali Wahf al-Qahtani
(Alih Bahasa : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman)

*Harga : RM17.00(SM) / RM19.00(S/S)

*Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd.

*Penjelasan Buku :

Sesungguhnya beramal dengan amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW sangat besar pahalanya. Nabi SAW pernah keluar pada suatu hari dari rumah isterinya, Juwairiah untuk solat subuh dan Juwairiah sedang berada di tempat solatnya. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah mula tinggi (duha) dan beliau masih di tempat itu. Apabila Nabi SAW melihatnya, Baginda bertanya, “Awak masih berada di tempat yang saya lihat sewaktu keluar tadi.” “Ya.” Jawab isterinya. Sabda Baginda lagi, “Sesungguhnya saya telah membaca selepas meninggalkan awak empat kalimah sebanyak tiga kali yang juga ditimbang dengan bacaan yang awak baca pada hari ini, timbangannya lebih berat lagi.” (Lihat bacaan nombor 94) (Sahih Muslim no. 2762)

Penyusun telah memilih bacaan doa atau zikir hadis-hadis yang sahih, hasan atau mempunyai sanad yang baik yang boleh beramal dengannya berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama hadis.

*Petikan Doa daripada Buku :

Doa Apabila dipuji

اَللَّهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْن، وَاغْفِرْلِيْ مَا لَا يَعْلَمُونَ، (وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ)

Maksudnya : “Ya Allah, janganlah Engkau hukum salah ke atasku dengan segala yang mereka katakan kepadaku dan ampuni semua kesalahanku yang mereka tidak mengetahui serta jadikanlah diriku lebih baik daripada sangkaan yang mereka sangkakan.”
(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad no.761, Sahih al-Adab al-Mufrad no. 585. dalam kurungan tambahan daripada al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4/228) daripada perawi lain.

  #Lajnah Multimedia