Tajuk Buku : DIARI MUSAFIR
JANGAN BERHENTI 'BERLARI'
Pengarang : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
M/S : 431
Harga Sem. : RM 35
Harga Sabah/Sarawak : RM 37
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
*Penjelasan buku :
Buku ini merupakan satu bentuk penceritaan pengarang dalam bentuk penyampaian yang sederhana mengenai kehidupan beliau ketika melanjutkan pengajian ke Jordan (Master) dan United Kingdom (Ph.D) serta pengalaman pengarang ketika di alam pekerjaan. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian 1: Travelog Pengajian dan Bahagian 2 : Travelog Kerjaya. Dalam buku ini juga terdapat pelbagai pendapat, cadangan serta tips yang berguna daripada pengarang dalam mengharungi pahit manis kehidupan. Di samping itu, terdapat dialog2 beliau dengan ulama' terkemuka seperti Dr. Yusuf al-Qardawi yang mana isi2 dialog tersebut mengandungi beberapa ilmu yang berguna untuk semua tatapan pembaca.
*Petikan ringkas daripada buku :
Petikan 1 :
"Namun saya ada sasaran tersendiri, dan matlamat yang telah saya gariskan ini menyebabkan UK menjadi pilihan saya berbanding negara-negara Timur Tengah. Tambahan pula, logik ringannya, ijazah pertama telah saya perolehi dari Universiti Malaya, MALAYSIA. Ijazah kedua pula dari Universiti Yarmouk, JORDAN. Maka saya memilih United Kingdom untuk ijazah ketiga kerana keperluan saya untuk mengetahui corak dan cara pembelajaran, manusia dan kehidupan dan sistemnya, gaya hidup, suasana, kaedah penyelidikan, bahasa dan banyak lagi."
Petikan 2 :
"Hari terakhir kami berkumpul di Pusat Majlis Ulama Sedunia, di mana kami menjadi ahli dan juga diberikan ijazah oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Itulah antara hari yang paling berharga buat saya, menerima ijazah dan amanah untuk membawa Fiqh Wasatiy ke seantero dunia, daripada Syeikh al-Qaradawi dengan sanad yang bersambung kepada guru-guru beliau sehingga ke Baginda Rasulullah SAW"
Petikan 3 :
"Sebahagian daripada tugas sebagai ahli akademik dan specialist adalah memberikan panduan dan nasihat dalam bidang kepakaran saya sebagai konsultan luar. Buat masa ini, terdapat lapan buah syarikat di dalam dan luar negara di bawah seliaan saya dari sudut Syariah. Setiap satunya mempunyai pelbagai permintaan kecil dan besar untuk disemak dan diluluskan.
Demikian juga dengan jurnal akademik yang melantik saya sebagai reviewer bagi menyemak, menilai dan meluluskan artikel untuk siaran jurnal ilmiah. Tentunya ini juga mempunyai keutamaan yang tinggi.Tidak dilupakan tugasan rasmi di UIAM selaku tenaga pengajar subjek-subjek tertentu dan membimbing para pelajar, termasuklah keperluan menyelia pelajar peringkat ijazah Sarjana dan PhD."
Semoga Bermanfaat dalam #BedahBuku kali ini

-Hisyam