Saturday, 17 January 2015
Bedah Buku: Perisai Muslim
(Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah)
*M/S : 226
*Penulis : Sheikh Dr. Said Bin Ali Wahf al-Qahtani
(Alih Bahasa : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman)
*Harga : RM17.00(SM) / RM19.00(S/S)
*Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd.
*Penjelasan Buku :
Sesungguhnya beramal dengan amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW sangat besar pahalanya. Nabi SAW pernah keluar pada suatu hari dari rumah isterinya, Juwairiah untuk solat subuh dan Juwairiah sedang berada di tempat solatnya. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah mula tinggi (duha) dan beliau masih di tempat itu. Apabila Nabi SAW melihatnya, Baginda bertanya, “Awak masih berada di tempat yang saya lihat sewaktu keluar tadi.” “Ya.” Jawab isterinya. Sabda Baginda lagi, “Sesungguhnya saya telah membaca selepas meninggalkan awak empat kalimah sebanyak tiga kali yang juga ditimbang dengan bacaan yang awak baca pada hari ini, timbangannya lebih berat lagi.” (Lihat bacaan nombor 94) (Sahih Muslim no. 2762)
Penyusun telah memilih bacaan doa atau zikir hadis-hadis yang sahih, hasan atau mempunyai sanad yang baik yang boleh beramal dengannya berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama hadis.
*Petikan Doa daripada Buku :
Doa Apabila dipuji
اَللَّهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْن، وَاغْفِرْلِيْ مَا لَا يَعْلَمُونَ، (وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ)
Maksudnya : “Ya Allah, janganlah Engkau hukum salah ke atasku dengan segala yang mereka katakan kepadaku dan ampuni semua kesalahanku yang mereka tidak mengetahui serta jadikanlah diriku lebih baik daripada sangkaan yang mereka sangkakan.”
(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad no.761, Sahih al-Adab al-Mufrad no. 585. dalam kurungan tambahan daripada al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4/228) daripada perawi lain.
#Lajnah Multimedia
Labels:
Bedah Buku