بسم الله الرحمن الرحيم
Perjalanan mereka dari Kuala Lumpur dan akhirnya sampai ke Kelantan pada pagi 13 September 2014, ketibaan mereka dijemput oleh Lajnah Pengangkutan dan dibawa terus ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam puri. Kehadiran mereka disambut pula oleh warga HABIBAT yang lain di kolej kediaman masing-masing.
Pada malamnya, satu perjumpaan dibuat antara kami, warga HABIBAT APIUM, Nilam Puri bersama senior-senior yang baru sahaja bergelar mahasiswa khasnya di kampus utama Universiti Malaya. Sungguh tidak ternilai segala kata-kata nasihat dan perkongsian daripada kakak-kakak dan abang-abang ini yang sememangnya telah lebih dahulu merasai pahit manis kehidupan seorang mahasiswa.
Memandangkan mereka baru sahaja selesai mendaftar di kampus utama Universiti Malaya beberapa hari yang lepas, maka kedatangan yang lain terpaksa ditangguh disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan termasuklah kedatangan mantan Presiden HABIBAT 2013/2014, saudara Fahmid, timbalannya iaitu saudari Aaina serta beberapa orang senior yang lain.
Namun, kami tidak dihampakan dengan adanya usaha para senior untuk menghubungi mereka menerusi 'video calling' bersama saudara Fahmid dan saudara Taqiyuddin.
Antara kata-kata pesanan mereka adalah sebagai seorang penuntut ilmu, niat adalah perkara terpenting yang perlu kita 'check' sama ada sebelum datang menuntut ilmu, semasa dan selepasnya serta manfaatknlah masa selama dua tahun berada di APIUM, Nilam Puri untuk mentarbiyah diri dan menambah ilmu khasnya dari segi memantapkan bahasa arab. Mereka juga berpesan agar kami tidak memandang remeh pada program, aktiviti, dan kelas yang diadakan seperti muntada lughawi, kuliah tafaqquh dan program yang dianjurkan oleh ruknu misalnya.
Kerinduan kami kini terubat dengan kehadiran mereka meskipun hanya beberapa hari sahaja di bumi APIUM ini. Harapan kami semoga kalian terus sukses di sana dan kami juga mengharapkan doa daripada kalian.
Wallahu'alam.
Oleh : Dayana