Pages

Saturday, 17 January 2015

Bedah Buku: Tips Menjadi Pelajar IPT Cemerlang

 


Tajuk Buku: TIPS MENJADI PELAJAR IPT CEMERLANG

M/S: 172

Penulis: Dato' Dr.Haji Fadzilah Kamsah

Harga: RM19.90(SM) @ RM21.90(SS)

Terbitan: Telaga Biru

Penjelasan buku
IPT merupakan institusi pengajian tinggi di mana-mana negara termasuklah negara Malaysia. IPT mempunyai budayanya yang tersendiri.Sementara pelajar sekolah menengah masih belum kenal dengan budaya ini. dan buku ini akan mendedahkan segala-galanya.
Ada pelajar sekolah menengah yang kecundang di tangga universiti. Penekanan yang begitu terarah kepada pencapaian akademik kadang-kadang mengetepikan aspek sosial , kerohanian dan emosi. Sesungguhnya keseimbangan dalam perkembangan akademik dan sahsiah membentuk mahasiswa yang cemerlang.
 
Berjauhan dari keluarga,kesempitan kewangan,tekanan kerja,pengaruh rakan,ketagih internet dan game,kesihatan,bercinta dan lain-lain lagi merupakan beberapa hambatan yang sering menjerumuskan siswa/siswi ke dunia kelalaian dan kesesatan. Buku ini memberikan panduan serta amaran awal sebelum nasi menjadi bubur, sediakan payung sebelum hujan dan jangan terhantuk sudah terhantuk baru terngadah.

#almaklumat

BAB 2:JANGAN TERSUNGKUR DI PINTU MENARA
*Dlm bab ni menceritakan tentang faktor yang menjurus kepada kelalaian siswa/siswi.
1) KETAGUHAN DADAH
2) SEKS BEBAS
3) MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
4) CINTA "orang utan"
5) GAME

BAB 3: PIAWAIAN MENJADI PELAJAR IPT YANG CEMERLANG
1) KEMANTAPAN ROHANI
a) Taat kepada ALLAH
b) Sentiasa berdoa
c) bertawakkal dan berserah diri kepada ALLAH
d) hormat dan sayang ibu bapa
e) hormat dan sayang pensyarah
f) berdamping dgn kawan yg soleh
g) tidak melakukan maksiat

2) STRATEGI BELAJAR
a) bermotivasi tinggi
b) mendahului orang lain
c) belajar secara aktif dan kreatif
d) minat semua madah
e) menghadapi exam dgn penuh keyakinan ,tidur awal n dtg awal, ulangkaji sebulan sebelum exam kesihatan dlm keadaan yg baik
f) mengulangkaji pling kurang 5 jam sehari
 
#Lajnah Ekonomi HABIBAT