Bismillah,
Assalamualaikum kerabat HABIBAT,
Bersempena dengan musim peperiksaan, ana nak kongsi serba sedikit
perkara sebagai peringatan kita bersama :). Allah SWT telah berfirman
"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi
manfa'at bagi orang-orang yang beriman" (Surah Al-Dzariyat 51: Ayat 55).
Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama saling ingat-mengingati
antara satu sama lain.
Dalam artikel sulung ana di
website HABIBAT ini, ana nak kongsi mengenai D.U.I.T.. Apakah itu
D.U.I.T. ini? Secara ringkasnya bolehlah saya jelaskan seperti berikut:
D = Do'a
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakkal
Keempat-empat
elemen ini merupakan aspek yang amat penting dalam usaha kita untuk
mencapai sesuatu yang kita inginkan. Mulakanlah dengan berDOA kepada
Allah supaya segala yang kita telah rancang berjalan dengan lancar.
Kemudian kita berUSAHA dengan sedaya upaya dengan diiringi IKHTIAR yang
telah dipilih oleh diri kita. Apabila selesai ketiga-tiga tersebut, pada
waktu inilah kita berTAWAKKAL kepada Allah yang akan menentukan apa
yang terbaik buat diri kita. Pasti setiap apa yang akan ditentukan
mengandungi hikmahnya yang tersendiri.
Dalam musim peperiksaan juga, MASA
merupakan antara isu yang hangat dalam kalangan pelajar dan mahasiswa.
Cuba kita renung serta perhatikan dengan teliti tips di bawah:
TIPS MASA/HARIAN UNTUK EXAM:
Masa untuk solat fardhu: 15 min x 5 waktu = 75 min
Masa makan: 30 min x 3 kali = 90 min
Masa riadhah: 60 min
Masa tidur: 300 min
Hal-hal lain: 60 min
Jumlah total: 585 minit
Masa sehari: 24 jam x 60 min = 1440 minit
MASA ULANGKAJI: 1440 MIN - 585 MIN = 855 MIN ( 14.25 JAM )
*MASIH TIADAKAH MASA UNTUK MENGULANGKAJI*
*CARI MASA, BUKAN TUNGGU MASA*
#tips dari ustaz Hazrul Salleh#
So, what do you think? Allah Taala telah
menganugerahkan 24 jam itu sama rata kepada semua makhluk-Nya, dan hanya
tinggal kita sendiri untuk menyusun-aturnya secara sistematik dengan
menggunakan akal. Namun ramai dalam kalangan kita yang kecundang kerana
tewas ditangan nafsu yang mencengkam jiwa. Namun jangan kita biarkan
ianya terus menerus menguasai diri kita. Perangilah ia agar kita
selamat.
Semoga segala maklumat yang ringkas ini
mendatangkan kesan kepada diri kita masing-masing. Tidaklah bermakna
mereka yang mengajak ke arah kebaikan itu seorang yang baik. Kerana,
jika kita hanya menunggu diri ini menjadi insan yang baik, soleh serta
sempurna barulah kita hendak menyebarkan kebaikan, nescaya tiada orang
yang akan menyebarkan kebaikan. Semoga bermanfaat.
Wassalam.
Penulis : Syam